Kesihatan bermula dari rumah

Shaklee Bandar Baru Bangi : Kenali Tanda Diabetes

Posted by on Mar 7, 2014 in Diabetes | 0 comments

BAGAIMANA MENGENALI TANDA DIABETES (Kencing Manis)

Diabetes atau panggilan biasa, Kencing Manis. Merupakan pembunuh utama bagi rakyat Malaysia selain penyakit jantung. Anda merasakan anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi AWAS! Kebanyakan penyakit diabetes hadir tanpa kita menyedarinya. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu :


Tanda-Tanda Awal Diabetes (Kencing Manis)

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan tanda-tanda awal begini. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujuk masalah berikut kepada doktor.
Tanda-tanda diabetes (kencing manis)

1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap 
     seperti:-
     – Kulit
     – Gusi
     – Jangkitan pundi kencing
◇  Penglihatan yang semakin kabur
◇  Luka lambat sembuh
◇  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
◇  Rasa kebas di tangan atau kaki
◇  Tekanan darah tinggi mula hadir
◇ Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)


Punca-Punca Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.

2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa.

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes (Kencing Manis)

–  Adik beradik kepada pesakit diabetes
–  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
–  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
–  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
–  Individu yang tindak bersenam
–  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun



Pencegahan Diabetes (Kencing Manis)

Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT 

    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta 
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM

    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah 
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN 

    Lakukan pemeriksaan doktor apabila 
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT

   Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA

    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya 
    penyakit diabetes dalam tubuh.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

~~~Pakar Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Yusrina binti Mohamat Hata
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ID No : 818055]
♡♡ Contact No : 019.271.2601
♡♡ Email : ibuaz.shoppe@gmail.com
♡♡ Like my Fanpage : Sihat2u

♥♥ COD di Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Putrajaya.
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 818055 untuk dapatkan supplement anda ■■


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *