Kesihatan bermula dari rumah

Shaklee Effect : Lecithin membantu dalam penyusuan

Posted by on Aug 20, 2014 in Breastfeeding, Lecithin | 0 comments

Setahun lebih saya kurang aktif di dalam dunia penyusuan. Saya hanya berkongsi perkara-perkara berkaitan dengan penyusuan apabila terdapat pelanggan-pelanggan setia Sihat2u yang menghubungi saya dan ingin mengetahui segala yang berkaitan mengenai penyusuan.  Sekali-sekala saya akan mendapat pelanggan telefon dari ibu-ibu yang bersalin di Hospital Serdang kerana saya masih lagi terlibat dengan aktiviti penyusuan di hospital.


Seperti biasa, sekiranya ia berkaitan dengan penyusuan, pastinya saya akan cuba kenalpasti dahulu apakah punca kepada masalah yang sedang dihadapi oleh si ibu atau anak. Adakah si ibu benar-benar memerlukan suplemen atau si ibu sedang menghadapi masalah teknikal dalam penyusuan? Adakah si ibu benar-benar faham, apakah konsep demand dan supply? Ya, ini memang rutin saya sejak terlibat dengan dunia penyusuan sejak 2009. Walaupun grup Shaklee saya memperkenalkan set penyusuan, namun asas dalam penyusuan tidak akan dilupakan.
Ada beberapa kes,  memang terdapat ibu-ibu yang tidak memerlukan langsung bantuan suplemen. Namun, penghasilan susu masih terganggu. Bayi seakan tidak puas dengan keadaan itu. Ibu itu telah melakukan hampir semua perkara yang perlu dan juga akan mencuba untuk makan apa saja yang boleh membantu dia untuk membanyakkan susunya. Dalam keadaan ini, biasanya saya berikhtiar dengan LECITHIN.

Ya, dengan lecithin.

Lecithin membantu memecahkan lemak yang terkumpul. Oleh itu, sekiranya terdapat lemak yang tersumbat di dalam duktus susu, ia akan memecahkan lemak itu dan seterusnya memberikan semula laluan keluar buat susu. Maka, penghasilan susu adalah dilihat lebih baik. Dan seterusnya si ibu dan anak tidak lagi stress!





 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *