Sihat tubuh, sihat akal

Yang mana lebih penting? Akal yang sihat, atau tubuh yang sihat?

Kedua-duanya pun SANGAT penting. Mempunyai akal yang sihat, tapi tubuh yang tidak sihat – susah untuk membuat pergerakan. Dan kebiasaannya, apabila tubuh badan kurang sihat, akal juga akan menerima kesan. Mempunyai tubuh yang sihat, tapi akal yang kurang cergas juga memberikan ketidakseimbangan.

Namun begitu, tidak semua keadaan memudaratkan atau memberi kesan yang tidak baik. Ada ramai di luar sana yang tidak menyerah kepada kekurangan ini. Mereka tidak menganggap sebarang kekurangan itu sama ada kurang secara fizikal atau kurang akal fikiran untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Menjaga kesihatan tubuh dan kesihatan akal fikiran adalah dituntut dalam Islam. Bagi mereka yang dilahirkan kekurangan, itu bukanlah perkara wajib. Tapi ia wajib bagi kita yang dilahirkan dengan tubuh yang sihat dan akal yang sihat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.