Kesihatan bermula dari rumah

Suplemen dalam Penyusuan

Assalamualaikum wbt.

Sehari dua ni saya berfikir panjang. (panjang sangat ke? heee) Mengapa terdapat rakan-rakan saya dalam penyusuan seakan protes terhadap food suplement? Apabila sebut suplemen aje, yang keluar dari mulut mereka ialah Shaklee. Sebut aje, Shaklee. Seakan, suplemen = Shaklee! hahaha…. Dah tak boleh bayang benda lain dah! (Alang-alang dah terbayang Shaklee, apa kata cuba dan rasakan kelainannya…)

Suplemen bermaksud tambahan, menambah. Cuma bila kita menyebut ‘suplemen’ ia sudah sinonim kepada food supplement. Walhal, apa-apa yang ditambahkan kepada sesuatu yang asal itu,itu sebenarnya adalah suplemen.

Penyusuan seharusnya ringkas dan tidak menyusahkan. Bahkan ia sememangnya menjimatkan. Ops, ni pada masa dahulu, YES ia menJIMATkan. Namun dalam keadaan sekarang di mana ibu-ibu bekerja, bekerjaya dan kemudian perlu berperang di dapur dan menguruskan hal rumahtangga, ia tidak lagi menjadi mudah, ringkas dan menjimatkan. Penyusuan telah menjadi lebih kompleks. Ia juga merumitkan apabila berkaitan dengan situasi mengepam dan menguruskan susu perahan. Ia telah menjadi MAHAL apabila si ibu perlu membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pam, freezer, botol-botol untuk menyimpan susu perahan!

Apa yang saya sebutkan tadi, itu ialah SUPLEMEN dalam penyusuan.Sebetulnya penyusuan = bayi + emak (mulut bayi + payudara emak). Sekarang? Adakah ia masih lagi asli? Ops, saya tidak membangkang anda untuk mendapatkan alatan di atas kerana saya turut menggunakannya. Saya hanya menerangkan maksud suplemen sahaja. Namun, keMAHALan penyusuan itu tidak berhenti di sini. 

Si ibu tadi berjalan meronda-ronda di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, si kecil minta disusukan dan si ibu berasa panik kerana dia tidak biasa menyusukan si kecil dikhalayak, hatta di rumah sekalipun sekiranya terdapat tetamu di rumah. Jadi si ibu perlukan sesuatu untuk menutup situasi itu. Penggunaan nursing cover dirasakan perlu untuk dirinya! Dah, keluar duit lagi!! Ini juga merupakan suplemen untuk situasi ibu ini.


Jadi, mengapa Cik Yut nak cadangkan produk Shaklee sebagai salah satu suplemen dalam penyusuan?? Sebelum itu, ia TIDAK WAJIB. Ia adalah keperluan mengikut situasi.

Ada ibu yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga lupa kepada waktu makan. Ada ibu yang terlalu sibuk menguruskan hal rumahtangga sehingga lupa untuk menguruskan dirinya sendiri. Padahal, ibu adalah tunjang dalam keluarga. Ya, suami adalah ketua, tetapi nadinya ialah isteri. Seorang ibu dan isteri seharusnya mengutamakan juga keperluan dirinya. 

Dari rancangan Dr Oz, beliau mengatakan,hasil dari kajian yang dilakukan terhadap care-taker, sememangnya mereka (care-taker) kurang prihatin terhadap diri sendiri. ibu juga seorang care-taker, menjaga suami dan anak-anak! Jadi,pikir-pikirlah sendiri….

Nanti saya sambung lagi. Perlu layan Azzalea yang terjaga dari tidurnya.



Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *