Kesihatan bermula dari rumah

Supplement bukan untuk penyusuan semata2…

Posted by on Mar 16, 2011 in Breastfeeding, Jurnal Kesihatan | 0 comments

Salam…

Post hari kita kena beri kredit pada penulisnya, Kak N
Tajuk asalnya ialah :

Vitamin memang membantu saya dalam penyusuan Addin dan Nasa.

Setiap orang mempunyai pandangan masing – masing terhadap sesuatu perkara bersandarkan kepada keperluan dan kemampuan setiap individu. Ada orang menyatakan tidak perlu ke atas sesuatu perkara atau perlunya seuatu itu pastinya bersebab dan tiada yang betul atau salah kerana kemampuan dan keperluan setiap individu itu tidak sama.

Selama menjayakan penyusuan Addin, abah sanggup keluar lebih duit untuk beli vitamin beri ibu makan. Abah akan makan juga vitamin cuma tidak sekerap ibu atas alasan abah beli untuk beri ibu sihat dan dapat susukan Addin dengan lebih baik. Kami tak punyai perabot cantik macam orang lain, rumah kami semuanya sederhana sebab duit diutamakan kepada vitamin. Memang boleh amik vitamin free di klinik panel tapi abah kata berikan ia pada orang yang lebih memerlukan. Abah prefer Shaklee sebab dah tengok pengalaman ayahnya yang makan Shaklee banyak membantu goutnya berkurang, makciknya yang makan Shaklee sepanjang mengandung dan menyusukan anaknya juga mendapat hasil yang sangat baik. So abah prefer ibu makan Shaklee….nak kata mahal….jika tengok harga yang kena bayar sekaligus mungkin akan terdetik mahal tapi bila fikir ia untuk makan 4-5 bulan, kita akan kata ia murah dan berbaloi. Namun sekarang ibu sediakan trial pack untuk ibu2 diluar mampu mencuba.

Anak kedua, bila dah lama kerja, peningkatan gaji banyak membantu….terutama selepas ibu bekerja kami : abah dan ibu memang konsisten makan vitamin. Terutama bila dah dengar ramai juga kawan seangkatan dengan umur abah Addin Nasa yang masuk hospital sebab jantung.

Namun selama hampir 11 tahun makan vitamin Shaklee, vitamin inilah yang ibu jadikan penawar bila ibu , anak2 mahupun abah bila kami tak sihat.

Bila selsema, demam dan batuk, makan lebih vitamin C. Tak bahaya ke? Tak bahaya sebab vitamin C adalah vitamin larut air.

Bila selsema dengan running nose : makan omega sebab membantu mengurangkan serangan sejuk di dalam dada.

Bila penat, stress dan moody : makan B complex selepas makan beberapa biji.

Sepanjang menyusu anak : tiada kerunsingan hanya belek buku dan cari vitamin yang sesuai….
Bila puting susu luka, amalkan makan vitamin C supaya luka cepat baik.
Bila anak tak sihat, vitamin C juga penawar terbaik sebab ianya disalurkan ke dalam susuibu.
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi sangat membantu pembesaran anak dengan sangat baik.

Kalau orang kata…”Oh ibu, tidakkah ibu terlalu bergantung dengan vitamin?”

Jawapan ibu …”Saya menjadikan makanan saya (termasuklah vitamin) sebagai ubat dan saya tidak mahu menjadikan ubat sebagai makanan saya“.

Setiap orang meletakkan  keperluan sesuatu itu mengikut kemampuan dan kepentingan. Begitu juga dengan ibu, vitamin adalah keutamaan ibu. Masakan tidak, jika dulu tak boleh makan seafood, sekarang no problem. Jika dulu kena gigit nyamuk pasti jadi kudis yang melarat tapi kini alhamdulillah. Dulu muka mudah tumbuh jerawat kalau salah makan, kini alhamdulillah syukur…..

Allah pun kata kita kena berusaha untuk yang terbaik. Secara peribadi , ibu mahu sihat supaya dapat beribadat dengan lebih baik dan hati yang tenang. Bila sakit semuanya jadi tak keruan bertambah-tambah dengan fikiran yang runsing dan hati yang penuh pelbagai perasaan yang melanda.

Kalau kita mampu beli tudung yang mahal, pam susu yang bagus, sling baby yang berjenama….tidak salah kita dapatkan makanan yang terbaik untuk badan kita. Kita pastinya mahukan yang terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik. 

Akhir kata , dalam berbelanja, jangan lupa bersedekah….selain zakat, sedekah juga sebagai salah satu makanan rohani agar roh juga sihat sama seperti tubuh badan fizikal kita juga. Sedekah juga dapat mengelakkan kita dari penyakit, bahaya bencana dan segala yang tidak baik.

 —-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *