Kesihatan bermula dari rumah

Susu ‘drop’ selepas cuti panjang…

Posted by on Jul 8, 2017 in Jurnal Penyusuan | 0 comments

Ok, lama gila kot tak menulis mengenai penyusuan. Almaklumlah budak kecik dah 4 tahun. Orang kata kalau nak naik syeikh cerita pasal penyusuan CY kena mengandung dan beranak lagi… Huhahuhahua.. Moga mengandung la CY selepas ni ya. Dah 4 tahun ni, umur pun tak lama lagi nak masuk angka 40.

.

.

Ok, banyak CY baca kat wall, kat group, ibu-ibu ni mengadu, susu drop bila dah naik kerja lepas cuti panjang. Mengepam pada waktu biasa yang diorang dah biasa buat, tapi production masih lagi ke laut.. CY tiada daya dan upaya nak komen sesatu masalah ibu-ibu kat group tu, sebabnya CY sejenis yang akan beri maklumbalas mengikut individu. Maksud CY, kalau ibu-ibu tu mesej CY, aaaa senang le sikit nak menjawabnya.

.

.

Ok, balik kepada susu drop bila naik kerja lepas cuti panjang. Ibu-ibu kena tahu, biasanya sepanjang cuti, anak tu akan melekap dengan ibu macam koala bergayut kat pokok. hihihi… Makanya, dah tentulah dia akan menyusu secara terus (direct) dari ibu. Bila dah secara terus gitu, mana la si ibu nak ingat nak kena memerah susu.

.

.

Katalah setiap hari pada waktu bekerja, jam 10.00 pagi si ibu memerah susunya, tapi untuk seminggu cuti tu, tiada satu sesi memerah pun dilakukan pada waktu itu, hanya menunggu ‘que’ dan ‘demand’ dari si kecil, maka OTAK telah menerima arahan baru dari badan. Apabila dah seminggu begitu, pada minggu berikutnya otak mengeluarkan arahan baru pula kepada kilang susu untuk tidak lagi menghasilkan susu pada jam 10.00 pagi seperti kebiasaan. Hanya tunggu ‘que’ dan ‘demand’.

.

.

Ya, pada minggu ibu-ibu naik kerja, kilang susu telah pun mendapat arahan baru. Kilang dah lupa arahan lama untuk hasilkan susu pada jam 10.00 pagi tu. Dan ibu pula tak perasan, sepanjang cuti tu jam berapa anaknya menyusu. huhuhuhu.. Siapa pula yang rajin nak tengok jam bila dah menyusu ‘direct’ ni kan. Korang rajin? CY pun tak rajin oooi…

.

.

Alkisah, kilang susu perlu menerima arahan baru yang lain, untuk kembali menghasilkan susu pada jam 10.00 pagi. Namun, kebiasaannya ibu-ibu akan cepat stress bila tengok susu tak keluar bila dia memerah pada waktu biasa. Maka ini boleh menyebabkan arahan baru tidak disampaikan dengan baik kepada otak & kilang susu.

.

.

Hari Isnin, stress. Hari Selasa, stress. Hari Rabu pun stress lagi.. terlajak le sampai ke minggu depan. Sudahnya, naik le status yang berbunyi, ‘Aaaaargh, susu drop. Nak buat camne ni?’ Hihihihi…. So, ibu-ibu nak kena buat apa sebenarnya? Yang PERTAMA sekali, bertenang. Perah setiap hari, pada sesi yang dijadualkan dengan hati yang tenang. Biarkan hormon-hormon prolaktin dan oksitosin melakukan peranan mereka. Biarkan otak merakam waktu itu semula.

.

.

Yang KEDUA, pastikan badan dan minda ibu-ibu dalam keadaan sentiasa sedia. Bersedia menerima perubahan ini. Bila tak bersedia, tu yang ada rejection tu. Bila reject, jadi la stress. Biasa, kalau gini, memang CY suggest korang telan Bcomplex lebih sikit. Takdenya sebiji sehari. Mau setiap sesi memerah tu, dua biji terus.

.

.

Tu je cadangan CY. Sebab apa takde cadangan lain? Sebabnya kalau CY suh buat power pumping, makan banyak-banyak pun, selagi ibu-ibu tak BERTENANG, tak jadi juga. Ok, apa-apa kemusykilan, korang boleh direct Whatsapp CY eh. 019-2712601.

.

Sampai jumpa lagi!

Lots of LOVE.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *