Kesihatan bermula dari rumah

Susu ibu – pilihan TERBAIK!

Alhamdulillah!
Segala pujian hanya untukNya.

Sudah lama saya tidak bercerita mengenai penyusuan.
Sudah setahun lamanya.
Usia Azrie sudah melepasi dua tahun, dan dia masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk memberhentikan penyusuannya.
Sebenarnya saya juga belum bersedia. Hahahaha…

Mengenai penyusuan, masih ada (dan pasti akan terus ada) yang bertanya mengenai keperluan suplemen dalam penyusuan.
Ànda bertanya, PERLUKAH?
Saya menjawab, PERLU!

Ia PERLU sekiranya anda merasakan ia dapat membantu anda dalam penyusuan anda.
Ia PERLU apabila anda telah menggunakan pelbagai ikhtiar dalam menjayakan prose s itu.
Ia juga PERLU, seperti mana anda memerlukan pam dan segala aksesori yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *