Tag Archives: annurspecialisthospital

Jadual hidup yang baru!

Alhamdulillah. Rezeki yang tak disangka-sangka. Saya sebenarnya merancang untuk menghantar proposal ke sebuah hospital di Cyberjaya. Rancangannya ialah untuk membangunkan klinik Optometri. Sedang saya menyiapkan proposal, dan mendapatkan quotation dari pembekal, Allah hantarkan berita gembira.

Bekas Ketua Jabatan tempat saya bekerja dahulu megajak saya untuk bekerja dengan beliau. Gajinya tidak begitu lumayan tetapi saya telah sangat gembira. Alhamdulillah, en suami juga memberi izin untuk saya kembali bekerja. Ya Allah… Happy sangat! Terlalu happy sampai lupa nak tanya pasal jadual kerja etc!

Inilah tempat kerja baru saya!

Saya bekerja sebagai OPTOMETRIS di Annur Eye Specialist Centre. Lokasinya di Tingkat 2, Consultant Suite 22. Ya, masih pekerjaan yang sama yang saya lepaskan 5 tahun yang lalu. Jadi skop kerja masih sama.

Sekiranya kalian ada masalah dengan penglihatan, atau anak-anak, atau ahli keluarga yang lain, boleh ke sini ya. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
Out-Patient, In-Patient & Perkhidmatan Harian
1) Pemeriksaan Mata secara Komprehensif
2) Pembedahan Katarak dan Refraktif
3) Pengurusan Masalah Kelopak mata (Termasuk Pembedahan)
4) Pengurusan Penyakit Mata Diabetik
5) Masalah PerparitanSaluran Lacrimal (Pengurusan Airmata Berlebihan) 6) Pengurusan Mata Kering
7) Pengurusan Penyakit Vitreoretinal
8) Pengurusan Kecederaan Mata
9) Perkhidmatan Optometri (Ralat Refraksi, Ambliopia, Kanta Lekap)

Boleh call terus ke 03-8923 5670.