Kesihatan bermula dari rumah

ESP

now browsing by tag

 
 

Shaklee’s Top 10

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Tanpa perlu Shaklee senaraikan apakah produk Shaklee paling NGETOP, rasanya ramai yang dah tahu. Ish… Kalau korang tak tahu, maksudnya masih belum femes la Shaklee ni.

Vivix Top Product

 

Yup. Produk paling TOP di Shaklee ialah Vivix. Botolnya kecil aje kalau korang tak pernah tengok. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tetap berapi.

 

Berikut ialah Carta Top 10 Shaklee.

Top 10

 

Perati bebaik. Tu dia Miss Cantik Kebabom, Cik Vivix. Mengikut rapat, Miss Jelita, Cik ESP. 2 produk ni… Pantang letak, habis aje. Mana taknya, yang nak cantik menawan, makan 2 ni. Yang nak sihat dan cergas, makan 2 ni. Tu yang sokmo Shaklee kena restock tu.

Ok, kalau korang ada apa-apa persoalan yang bermain di mind tu, jangan simpan. Cepat-cepat tanya kat CY eh. KLIK SINI UNTUK RESPON SEGERA!

Cepat tau. CY tunggu.

 

 

Mengapa perlu consume ESP?

Sekiranya anda sentiasa bersama saya, pasti sudah tahu yang saya sangat sukakan ESP. Sejak consume ESP pada 2008, ia antara yang wajib ada dalam diet seharian saya. Selain dari ESP, saya juga consume Vivix dan SCP. Sekarang Azmie tidak menyusu badan, maka saya sudah memulakan rutin yang baru.

Soalan yang sering saya terima ialah
Perlukah consume ESP lagi walaupun sudah consume Vivix atau collagen?
Saya suka menggunakan analogi batu-bata. Seperti dalam gambar. Batu-bata berwarna merah itu kita andaikan ianya ialah sel. Simen disekeliling batu-bata pula ialah kolagen. Tanah liat untuk membentuk batu-bata itu ialah protein.
Ramai sudah tahu, asas sel ialah protein. Protein yang baik akan menghasilkan sel yang baik. Kolagen yang baik pula akan melekatkan sel-sel yang baik dan cantik ini dengan baik sekali! (Banyak perkataan baik) Manakala, vivix pula berfungsi untuk mereplikasi sel-sel yang baik supaya dapat memperbaiki sel-sel yang kurang baik.
Kiranya, kalau batu-bata tu ada yang sumbing, tugas vivix ialah untuk cantikkan batu-bata tu (cantikkan sel la!) Jadinya, kombinasi ketiga-ketiga ini akan menghasilkan sel yang baik, seterusnya organ yang baik dan sistem yang lebih baik lagi!

Atasi EKZEMA dengan ALFALFA

cropped-download.png

Atasi eczema | Dgn Alfalfa, ESP, Meal Shake

Ini cerita lama. Saya ulang cerita di sini.
Udahle Ibunya kena psoriasis. Si Tomato plak dapat eczema. Lepas Azzalea berhenti menyusu badan dulu, terus keluar eczema dia.. Jenuh juga nak buat kulitnya tu kembali ke asal. Macam-macam cara. Lepas satu cara, Ibu cuba cara lain. Semua untuk Azzalea.

Semenjak menjadi pengguna tegar SHAKLEE, saya cuba untuk memberi Azzalea makan supplemen yg bersesuaian. Untuk menghilangkan 100% eczemanya itu, mungkin mustahil. Saya nak kurangkan rasa iritasi pada kulitnya tu supaya Azzalea tidak lagi menggaru. Sbbnya bila dah menggaru, habislah luka-luka satu badan. Lepas tu kang rasa pedih.

Cara pertama yang saya guna ialah tumbuk sebiji alfalfa smp halus. Kemudian masukkan ke dalam susu Azzalea. Tapi bukan sebiji tu, hanya secubit aje. Kalau masuk sebiji, Azzalea boleh tahu susunya rasa pelik. Alhamdulillah, ada perubahan. Tapi usaha ni tak dapat dijalankan utk jangka masa yg lama. Sbbnya alfalfa yg ditumbuk tidak boleh disimpan lama.

 

Lepas menggunakan alfalfa, saya cuba pula dengan cara lain, iaitu memasukkan ESP ke dalam susu Azzalea. Yang mmg langsung tak berjaya sbb dia tak suka rasa ESP tu. Setiap kali susunya dibancuh dgn ESP, mesti dia takan minum habis. mmmm.. Harus cuba cara lain la pula ni..

Lama juga saya berhenti mencuba. Baru-baru ni saja saya tiba-tiba terfikir utk memasukkan Meal Shake ke dalam susu Azzalea. Alhamdulillah, Azzalea suka dengan rasanya. Dia sendiri akan pesan untuk masukkan Meal Shake tu setiap kali saya membancuh susunya. Kali ni bukan Azzalea aje yg menjadi mansa eksperimentasi saya, Azyana pun kena gak…heheh.. Azyana pun suka juga dengan rasanya! Yippie.. Sekarang eczema tu dah kurang. Masih ada lagi gatal2 tapi ia berkurangan berbanding sebelum saya mencuba Meal Shake.

Rasa Meal Shake mmg sangat enak! Tak sampai 2 minggu, habis satu canister ni.. Mana taknya. Yang menggunakannya ada 3 org iaitu Azyana, Azzalea dan saya! heeee.. 

(21/4/2011)
Saja berkongsi cerita lama. Ramai yang tak tahu mengenai Azzalea dan penyakit ekzemanya.