Generasi Dalam Rumah

Format Video

Untuk anak-anak kita, kebanyakan waktu mereka adalah berada di dalam rumah, Bukan seperti masa kita kecil dahulu. Celik mata aje, terus cari kawan-kawan. Berkubang di dalam longkang. Berkumpul di padang. Dari pagi sampai ke petang. Anak-anak kita pula, dari bayi lagi, pagi-pagi telah kita hantar ke nursery. Dijemput balik bila sudah petang. Dalam seminggu, entah berapa kali mereka dapat jejak ke tanah dan berjemur di bawah matahari. Bayangkanlah perbezaan yang ketara ini. Kesian anak-anak kita kan.

 

Cuba tengok video ni. Apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.

Terlalu banyak kesalahan kita kepada anak-anak kita. Ini saya belum kongsi lagi dengan apa yang kita guna dalam rumah. Pencuci baju, pencuci pinggan, pencuci lantai, Semuanya ada bahan-bahan yang merosakkan anak kita secara perlahan. Yang merosakkan anak-anak yang bakal lahir kelak.