Kesihatan bermula dari rumah

Mekah

now browsing by tag

 
 

Umrah Trip : Day 1, Part 2

Bismillah.

 

Pada post lalu saya tak cerita apa pun pasal Day 1. Hihihi… Hari ni saya cerita sikit ya. Perjalanan bermula dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Bertolak jam 530 pagi waktu Malaysia. Dan sampai di Jeddah pada jam 930 pagi waktu Saudi. Duduk dalam perut kapal terbang lebih kurang 9 jam .

Semua jemaah telah berniat ihram di dalam kapal terbang. Maka para jemaah perlu berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Setelah check-in di Hotel Makarem Ajyad, barulah kami beramai-ramai melakukan tawaf, saie dan kemudian bertahalul. Alhamdulillah. Saya dapat selesaikan umrah pertama saya pada hari itu.

Pengalaman PERTAMA yang sangat mengujakan! Pusingan terakhir tawaf diselesaikan selepas mengerjakan solat Maghrib. Dan saie pula dibuat selepas solat Isyak. Perasaan ketika pertama kali bersolat jemaah di Masjidil Hram.. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pertama kali melihat Kaabah, airmata saya bercucuran. Pertama kali mahu melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram, dada saya sesak. Allah Allah Allah…

Syukur Alhamdulillah. Dengan izinNya, saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Sebenarnya saya pasang niat untuk umrah bersama Trip Shaklee dengan En Suami. Belum rezki lagi untuk merasai trip umrah Shaklee, tapi Allah izinkan saya ke Tanah Haram bersama mak & bapak saya. InsyaAllah, satu hari nanti akan kembali ke Tanah Haram bersama suami & anak-anak.

Dek kerana terlalu teruja. agak susah juga nak lelapkan mata. Jam 12pm waktu Saudi baru saya dapat tidur dan jam 4am waktu Saudi saya sudah terjaga.

Nanti saya sambung lagi coretan di Tanah Haram dan Madinah ya. InsyaAllah.

Umrah Trip : Hari 1

Bismillah.

 

Alhamdulillah. Dengan izinNya, akhirnya saya dijemput ke Tanah Haram. Tak ingat sebenarmya bulan berapa mak beri cadangan untuk pergi menunaikan umrah. Pergi dengan bapak dan juga Ayin (adik bongsu). Ini ialah trip umrah emak yang ketiga dan yang kedua untuk bapak. Untuk saya dan Ayin, masing-masing ini kali pertama. Dalam gembira untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram, hati terasa sedih juga sebab Acap (adik yang tengah) tak ikut serta. Dia tak boleh cuti panjang.

trip umrah

InsyaAllah, saya cuba kongsi pengalaman pertama ini dalam tulisan akan datang. Excited sangat bila di sana, tak sempat langsung nak update secara harian.