Kesihatan bermula dari rumah

PosLaju

now browsing by tag

 
 

PosLaju Ezi Drive di Seksyen 9

Bismillah.

 

Masa memula dapat tahu ada Pusat Pungutan PosLaju ni, memang dah teruja¬†sangat dah. Yelah… Tak perlulah berbaris panjang lagi di Kawasan Selaman (kereta yang berbaris…) Dan pusat ini juga tidak jauh dari rumah dan yang paling penting, tak melalui tol.

 

Sekiranya nak ke Kawasan Selaman, kebiasaannya, saya akan melalui Tol Sg Ramal sebab nak cepat. Boleh aje nak lalu jalan dalam, cuma makan masa sikitla…

 

Ini laluan masuk ke PosLaju Seksyen 9. Yang sebelah kanan, ada kontena yang akan menerima bungkusan-bungkusan anda.

Haaaa… tu dia kontenanya. Gambar ini di ambil selepas saya selesai mengepos bungkusan. Gambar pertama tu pintu masuk. Yang ni dah keluar dari kawasan PosLaju.

 

Manyaaaak syook oooo….