Kesihatan bermula dari rumah

psoriasis

now browsing by tag

 
 

Rawatan alternatif untuk ekzema & psoriasis

Buat yang sememangnya mempunyai ekzema atau psoriasis, pastinya sudah tahu apakah rawatan yang diberikan oleh doktor. Antara yang akan dipreskripsikan oleh doktor ialah anti-histamin, krim akues, dan lotion. Kalau untuk psoriasis, ada tambahan betamethasone.

psoriasis-vs-eczema

 

Soalannya, sampai bila nak guna? Semasa saya masih mempunyai temujanji doktor di hospital pakar dulu, oinment betamethasone yang diberikan kepada saya, warnanya cerah, tidak melekat. Beberapa tahun berulang-alik ke hospital, saya perasan ointment itu makin pekat dan makin melekat di jari-jari saya. Stress saya bertambah. Bila dah sticky macam tu, macamana pula nak buat kerja? Nak pegang alatan, nak pegang pen, kertas lagi. Korang boleh bayangkan tak?

Akhirnya, saya tidak lagi bertemu doktor. Kali terakhir ialah pada 2008 rasanya. Sememangnya sejak itu saya fokus dengan mengamalkan suplemen. Tapi sekali lagi, soalan yang sama saya ajukan kepada diri. Dah namanya SUPLEMEN. Pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan terlebih dulu. Suplemen itu fungsinya untuk melengkapkan apa yang kurang.

Alhamdulillah. sesi EHCS dari Dr Anya Tay pada Sabtu yang lalu memberikan jawapannya. Dr Anya menyatakan, rawatan UTAMA ialah berkaitan dengan DIET. Ya, ini saya ada baca dalam beberapa artikel. Nampak gaya, perlu buat senarai apa yang boleh dan tak boleh. Dan senarai itu saya perlu kongsi kepada En Suami supaya dia dapat belikan bahan-bahan yang saya boleh makan. Hihihihi….

Anda pesakit Ekzema atau Psoriasisi? Mahu tahu lebih lanjut?

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order-sekarang-juga

Euphoria Health Care Sharing : Understanding Eczema & Psoriasis

Alhamdulillah.

 

Sejak upline Cik Yut, Kak N bagitau yang topik EHCS bulan Mei ialah Psoriasis Dan Ekzema, Cik Yut memang tazzabaaaaar sangat nak attend sesi ni. Dan sibuk gak la promote sana sini pasal sesi ni. Yela. Lately banyak sangat terima kes ekzema. Sampai sendiri lupa nak register. Hahahaha….

Euphoria Health Talk

 

Jadinya hari ni, Cik Yut walk in aje. Bila walk in, kenalah standby RM45. Kalau register early bird, bayar RM30 je. Alhamdulillah, sideline CikYut Master Farah belanja satu tiket. Syukur. Didoakan team Enermax sentiasa dimurahkan rezeki.

Dr Anya Tay

Penceramah hari ini ialah Dr Anya Tay. Dr Anya sebenarnya graduate dalam bidang Perubatan. Tapi bila dah habis belajar, habis HO dia sambung belajar degree kedua dalam bidang nutrisi holistik. Sekarang sedang buat Masters. Dan dia juga sebenarnya salah seorang Master Coordinators muda di Shaklee.

Dr Anya memulakan talk dengan menceritakan pengalaman beliau sendiri sebagai pesakit ekzema kronik. Rupanya beliau mempunyai sejarah penyakit kulit, athma dan sinusitis dalam keluarganya. Dari kecil sehingga dewasa, beliau hanya mempercayai ubat-ubatan. Pada Tahun kedua pengajiannya, penyakit ekzemanya bertambah teruk. Walaupun telah berjumpa dengan doktor pakar kulit, keadaan tidak bertambah baik.

Hanya selepas membuat bacaan sendiri dan memula rawatan sendiri, keadaan ekzema beliau mula menampakkan perubahan. Dr Anya mengubah cara pemakanannya, mengambil supplement, dan juga merawat secara natural healing, barulah ekzemanya dapat dikurangkan. Dan sekarang beliau tidak lagi mempunyai ekzema.

Ok… Mukadimah dari Dr Anya pun dah almost setengah jam. Betapa nak cerita beliau pernah melalui keadaan yang sangat teruk sehinggakan tiada satu pun gambar beliau ketika itu. Kawan-kawan pun langsung tak mahu bergambar dengan beliau.

FB_IMG_1495276387384

Nanti CikYut kongsi intipati sharing kali ni. Tak perasan pun sebenarnya waktu sharing dah habis. Sebab syok sangat dengar Dr Anya punya cerita. Itupun dia kata belum habis detail. Kalau lagi detail perlu dengar satu hari. Fuuuh…

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order-sekarang-juga

Psoriasis atau Ekzema?

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Bila bab Psoriasis ni kan, memang CY teruja sangat tau. Yelah. CY pesakit Psoriasis. Memang sangat la rajin nak menggali pasal Psoriasis ni. Pasa Ekzema pun rajin gak menggali. Sejak akhir-akhir ni CY perasan, kes ekzema pada bayi semakin kerap berlaku. Adakah ia memang dah berlaku dari dulu? Cuma masa tu mak-mak ni tak banyak pendedahan, jadinya diorang tak tahu pun apa yang berlaku apa si kecil. Hanya mendengar saja dari apa yang diberitahu oleh doktor

Euphoria Health Talk

 

Walaupun dah banyak membaca, tetap rasa masih ada banyak perkara belum tahu pasal Psoriasis dah Ekzema ni. Jadinya, nanti CY akan hadir ke sesi ini. Untuk ambil tahu lagi, dan banyakkan lagi pengetahuan mengenai dua penyakit ni.

Ada antara korang yang mahu hadir? Wasap SEGERA ya supaya CY dapat book tiket.