Kesihatan bermula dari rumah

Tak keruan rasa hati…

mekah

Bismillah.

 

Blog ini kelihatan tiada arah lagikan? Sebenarnya kalau bab peribadi, CY suka untuk berkongsi di www.yusrinahata.com. Tapi entah kenapa, tak dapat nak akses blog tu.

 

Malas nak tunggu dan buang masa lagi, CY update aje semua di sini. Blog ini akan ada 80 konten mengenai kesihatan. Info, petua dan berkaitan. 20% lagi konten bersifat peribadi. Agak lama juga meninggalkan blog. Tapi InsyaAllah, CY akan kembali menyengat di blog. Agak payah juga. Player lama dah menyepikan. Macam nak buat comeback le gitu kekdahnya.

InsyaAllah, beberapa hari lagi, CY akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Allahuakbar! Rasanya bertahun juga dah berniat nak ke sana. Alhamdulillah. Tapi selagi kaki belum betul-betul jejak tanah Haram dan belum selesai mengerjakan umrah, hati masih lagi belum dapat lega sepenuhnya. Semoga CY dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan memperoleh umrah mabrur.

Pada masa ni, persiapan belum sepenuhnya. Beg belum kemas. Barang-barang pun ada yang masih tiada. Hanya baru ke kelas mendengar taklimat mengenai cara-cara mengerjakan umrah. Bagi orang yang sudah beberapa kali ke Mekah untuk mengerjakan umrah, mungkin sudah biasa. CY sangat nervous. Yelah… kali pertama kan.

Doakan ye CY dan keluarga dapat selesaikan umrah dengan sempurna dan pergi dan balik dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *