Kesihatan bermula dari rumah

Terima kasih suamiku…

Bismillah.

Perjalanan seorang wanita hebat pastinya dengan kehadiran seorang insan bergelar suami di sebelahnya. Kecil atau besar sumbangan yang diberikan oleh suami, ia tetap merupakan anugerah terindah buat seorang isteri.


Idea Master Azrin untuk meminta semua SID yang hadir mengucapkan terima kasih kepada pemilik tulang rusuk masing-masing. Ohya.. Kebanyakan SID dalam grup besar kami ialah wanita, maka pemilik tulang rusuk tu suami masing-masing lah kan. Disebabkan suami tercinta saya tidak mengikut saya ke MasCel, maka saya dedikasikan ucapan itu di sini.


A&Y

Buat suami tersayang, En Azlan bin Othman.

Syg, terima kasih kerana telah merestui perjalanan Shaklee Ayg. Walaupun pada mulanya Syg tidak begitu bersetuju, tapi alhamdulillah. Sekarang, perjalanan Shaklee Ayg lebih mudah dan laju. TERIMA KASIH kerana sentiasa bersedia untuk menjaga anak-anak di rumah apabila Ayg ke majlis-majlis Shaklee. Syg selalu cakap tidak mahu melibatkan diri dalam Shaklee, tapi sebenarnya Syg tak perasan yang Syg sudah pun terlibat.

With all my heart, I LOVE YOU so much and thank you again! 

Dikesempatan ini, saya juga nak ucapkan bebanyak TERIMA KASIH buat mentor, sifu, guru, dan kakak saya iaitu upline saya PM Norita Idris kerana inisiatif beliau untuk memulakan Shaklee secara online dan seterusnya mengajak saya menyertai Shaklee. Serta kasih sayang dan kesabaran beliau memimpin saya selama ini. Terima kasih kerana PM Naquib kerana membenarkan isteri beliau melakukan idea ini.



Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada upline kepada mentor saya iaitu Master Hj Hussein dan Hjh Salwa yang turut memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *