Kesihatan bermula dari rumah

Teringat pula…

Posted by on May 7, 2012 in Breastfeeding | 0 comments

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Saya tahu saya masih berhutang dengan kalian mengenai cara mengembalikan bayi ke payudara. Maaf ya. Nanti post akan datang saya akan bikin juga. Jangan risau.

Malam ini sengaja mahu terkenang-kenang sesi memerah buat Azrie. Kawan sepejabat panggil saya lembu. Hahahaha… Saya tidak ada kesah pun. Depa bukan mengejek tapi sekadar bergurau.

Kesakitan yg dialami sejak melahirkan Azrie masih ada sehingga hari ini. Sakit itu datang dan pergi. Sedikit sebanyak mengganggu sesi penyusuan saya bersama Azrie. Saya hanya lakukan sekiranya saya dapat menanggung sakit. Sekiranya ia terlalu menyakitkan, saya akan berhenti. Ya, saya tidak pernah memaksa diri saya.

Begitu juga yang saya harap buat ibu-ibu semua. Jangan terlalu memaksa diri. Buat sehabisnya. Tetapi sekiranya ibu-ibu memang mahu mendesak diri, apakan daya saya untuk menghalang. Saya seorang penyokong laktasi, saya hanya mahu sampaikan bahawa penyusuan itu indah lagi menyeronokkan. Sekiranya ia sudah menyakitkan, apalagi yang indahnya.

Antara momen saya hasil sesi perahan saya :






Semoga ibu-ibu sekalian terus menyusukan si kecil dalam keadaan yang menyenangkan dan menyeronokkan!




Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk dan penyusuan boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *