Kesihatan bermula dari rumah

Terkilan rasa di hati

Assalamualaikum wbt



Semalam, saya kehilangan pakcik saya. Beliau sebenarnya suami makcik saya. Makcik saya ialah kakak kepada bapak saya. hee.. Maaf pjg explaination ni. Tapi apa yang penting, keluarga pakcik saya mmg dah mcm keluarga saya sebab saya membesar dengan keluarga pakcik. Semasa kecil dahulu, saya akan dihantar ke rumah pakcik dan bermalam di sana. Pakcik dan makcik saya antara orang yang palinng rapat dengan saya. Walaupun pakcik saya ni pendiam tapi orgnya tegas. Sekali keluar suara, kami (adikberadik dan sepupu) pasti lari lintang pukang.

Pakcik saya sebenarnya dah lama menghidap penyakit kencing manis. Seingat saya, sejak saya kecil lagi. Dulu pernah doktor mahu memotong kaki beliau, tapi beliau minta doktor benarkan beliau berubat secara tradisional dan mengamalkan pemakanan yang betul. Alhamdulillah, kaki beliau selamat. Badannya pun dari gemuk terus slim aje.

Dua minggu lepas, beliau ke hospital kerana luka di kaki yang tidak sembuh. Beliau tidak perasan kakinya telah terpijak kaca. Namun kakinya tidak dapat diselamatkan. Doktor telah membuang sebahagian dari kaki, yang tinggal hanyalah ibu jari kaki dan kelinking. Boleh bayangkan tak bahagian yg tinggal? Kakinya jadi bentuk V. Selepas pembedahan, beliau dibenarkan pulang. Tapi semasa saya melawat beliau, saya perhatikan keadaan beliau tidak berapa baik.

Semakin hari semakin merosot. Sehingga satu hari, sepupu saya telefon untuk tanyakan supplement yg sesuai untuk Pakcik. Jadi saya cadangkan Vivix. Sambil itu, saya dengar Pakcik saya terbatuk2, sungguh kuat sekali batuknya. Sepupu kata, dah 2-3 hari batuk dan badannya kerap jatuh. Saya paksa sepupu saya utk paksa bapanya ke hospital semula. Pada awalnya, pakcik saya berdegil. Tapi atas desakan sepupu, beliau pergi. 

Semalam saya cuti untuk uruskan beberapa perkara, mak telefon minta saya dtg lawat pakcik dgn segera. Saya lihat jam, sudah hampir jam 2. Pasti tidak dapat naik utk melawat. Jadi saya tggu jam 4.30pm utk waktu melawat seterusnya. Bila hampir waktu, saya bersiap dan bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, saya singgah di beberapa tempat kerana ada urusan lagi. 

Mak telefon dan beritahu keadaan Pakcik semakin teruk. Saya pula sudah tersangkut dalam kesesakan. Tidak berapa lama, mak saya telefon semula dan memberitahu Pakcik saya sudah tiada! ooh… saya rasa nafas saya juga turut berhenti. Air mata saya bergenang. Ya, saya sangat-sangat sedih. Tapi air mata saya tidak mahu tumpah. Saya tahu diri saya. Kalau saya menangis, selalunya saya akan menangis mengalahkan org lain. Jadi saya cuba kuat utk kurangkan rasa kesedihan. Saya tidak mahu menambah rasa sedih yg sedang sepupu2 saya rasa.

Ada 3 perkara yang buat saya terkilan :

1. Pakcik saya tidak sempat melihat anaknya bersanding. Dah lama dia tggu. Sbbnya anak no1 dan 2 belum mahu kawen. Jadi majlis anak no 3 akan berlangsung hujung tahun ni. Sbb itu saya juga selalu ke rumah Pakcik bawa anak2 saya. Anak2 saya juga cucu2nya.

2. Saya tak sempat nak tgk Pakcik sebelum beliau menghembuskan nafasnya. Tapi malam tadi di rumah, saya tidak tengok pun jenazah beliau. Saya sangat takut air mata saya tumpah di depan Makcik dan sepupu.

3. Semasa sepupu telefon bertanya mengenai supplement. Saya cadangkan Vivix. Tapi sepupu kata agak mahal harganya. Jadi petang semalam saya sudah order Vivix utk Pakcik. Saya nak hadiahkan pada dia. Setakat Vivix, jasa Pakcik saya lebih besar. Pakcik saya berada pada setiap majlis yg keluarga saya anjurkan. Dari saya lahir sampai saya besar, dia pasti ada. Majlis bertunang saya dan adik, majlis kawen saya dan adik. Semua acara pentinglah.

Baiklah, air mata saya akhirnya mengalah. Rasa tidak dapat saya tahan lagi. Maafkan saya kerana menceritakan cerita sedih di sini. Saya hanya mahu berkongsi cerita. Hargai insan-insan kesayangan kita semasa mereka masih ada. 

“Ya Allah sesunguhnya insan ini banyak jasanya. Beliau banyak berjasa kepada muridnya pada kerjayanya dan juga pada keluarganya. Tempatkanlan beliau disamping orang -orang yang terpelihara.Amin”



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *