Kesihatan bermula dari rumah

Terus menyusukan atau berhenti menyusukan?

Posted by on Aug 28, 2012 in B-Complex, ESP, Jurnal Psoriasis, Vitamin C | 0 comments

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 
Alhamdulillah. 
(ini gambar Azyana dan Azzalea!)
Sehingga ke hari ini, Azrie masih menyusu badan. Usianya sudah hampir ke dua tahun. Walaupun hanya menyusu pada ketika saya berada dengannya, itu sudah cukup bermakna buat saya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang sentiasa berasa sakit.
Penyakit Psoriasis saya telah menyebabkan proses penyusuan saya itu tidak lagi indah. Ia menjadi satu proses yang menyakitkan. Saya sentiasa berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan penyusuan atau tidak. Apabila Azrie mahu menyusu, badan saya akan bergetar, sudah bersiap sedia untuk menahan kesakitan yang akan berlaku.  ooooh….
Waktu menyusukan merupakan antara momen indah bersama anak-anak. Di saat itu, hanya ada saya dan si kecil. Ketika itulah saya akan berbual dengan si kecil. Ketika itulah saya akan bergurau senda dengan si kecil. Hanya berdua. Kadangkala si ayah dan anak-anak yang besar akan mencemburui kami! Sebab itu saya berada dalam dilema. Saya sedang kesakitan, namun Azrie masih belum mahu berhenti. Dan saya juga sebenarnya belum betul-betul mahu menghentikannya. mmmm….
Semasa dengan Azzalea dulu, saya mengandung dan Azzalea berhenti sendiri. Adakah perlu saya menggunakan taktik yang sama? hahahah… Masalah juga ni. Kerana ayahnya budak-budak ni belum beri lampu hijau kepada ibunya lagi. Apa yang terdaya di saat ini ialah membanyakkan doa di samping mengalihkan rasa sakit itu ke tempat lain.
Disamping itu, saya akan memastikan saya tetap meneruskan pengambilan ESP, Vitamin C dan Bcomplex untuk membolehkan diri saya sentiasa dalam keadaan optimum. Menahan sakit merupakan stress. Jadi dengan pengambilan suplemen asas, ia membenarkan badan saya berada dalam keadaan yang terkawal.
Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor 
ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *