Kesihatan bermula dari rumah

Testimonial : Vivix Shaklee untuk Ayah!

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan,
Malam ini nak kongsi cerita mengenai Vivix. Vivix ini ialah antara produk paling popular dikalangan ibubapa kita. Sebabnya, mereka tak perlu nak telan pil yang perlbagai dan macam-macam. Kawan saya Cik Lyna nak berkongsi pengalaman Ayahnya menggunakan Vivix.
Saya membelikan ayah tercinta sebotol Vivix memandangkan beliau sering mengadu penat memandu jarak jauh (KB-KL) setiap bulan kerana menghadiri mesyuarat. Ya, perjalanan dari KB-KL-KB memang penat, mungkin kerana tiada lebuhraya.

Saya memberitahu ayah secara berseloroh “Ayah makan Vivix ni nanti ayah jadi muda balik, rambut pun hitam balik”, berdasarkan cerita yang saya dengar tentang rambut beruban menjadi hitam selepas mengambil Vivix. Pada mulanya saya pun tak berapa yakin bahawa Vivix boleh menghitamkan semula rambut ayah saya yang dah memutih sejak beliau muda lagi.
2 bulan kemudian ayah saya berkunjung ke rumah kami, dan saya perasan perubahan pada dirinya. Saya menegur Ayah “Rambut ayah dah nampak hitam-hitam lah!” Ayah saya tersengih dah berkata “Ayah bukan nak kata apa la.. tapi baru ni doktor ayah terkejut..” Terkejut apa pulak la ya. Setahu saya ayah saya tidak menghidap sebarang penyakit.

Ayah saya menyambung “Ayah beritahu dia ‘Kalau nak buat program, tahun ini sajalah, sebab tahun depan saya dah pencen’. Dia tanya ‘Haji pencen umur 55 ya?’. Ayah kata ‘Bukan, tahun depan saya 58′. Doktor terkejut katanya Ayah tak macam umur 57 tahun pun” ujarnya dengan gembira.

Wah, sangat gembira sekali saya mendengarnya. Sebagai anak, siapa yang tak bahagia bila ibu bapa kita bahagia, lebih2 lagi ia datang dari benda pemberian kita.

Jadi, Ayah saya yang mulanya tak berapa yakin juga dengan Vivix, kini pengguna Vivix yang konsisten.

vivix shaklee
Rambut ayah saya mulai kehitaman.

Saya tak adalah mahukan ayah saya muda semula, tapi apa yang saya harapkan ialah beliau sentiasa sihat, gembira dan ceria.
Jadi, kawan-kawan marilah pakat ramai hadiahkan Vivix kepada ibubapa tersayang. Saya juga hadiahkan kepada Bapak dan Ma. Mak saya belum mahu lagi. Takpe, jangan dipaksa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *