Kesihatan bermula dari rumah

Ubat vs suplemen : Mana lebih baik untuk psoriasis?

Kerap kali saya dihujani SMS dan WhatsApp yang bertanya mengenai psoriasis. Kebanyakan mereka sudah menghidap psoriasis sejak 4-5 tahun yang lalu. Ada yang sedang dalam rawatan. Ada yang tidak lagi mahu meneruskan rawatan.

Saya mahu berkongsi dengan pembaca, beberapa jenis ubat yang doktor pernah preskrip kepada Saya. Untuk pengetahuan, Saya didiagnos dengan psoriasis sejak 2001. Dan telah mendapatkan rawatan sejak itu. Saya berhenti berjumpa doktor sejak 2009, selepas doktor meningkatkan kepekatan betametason.

Betametason adalah steroid glukokortikoid kuat dengan ciri-ciri anti-radang dan imunosupresif. Tidak seperti ubat-ubatan lain dengan kesan-kesan ini, betametason tidak menyebabkan penahanan air. Ia digunakan sebagai topikal krim, salap, busa, losyen atau gel untuk merawat gatal-gatal. Betametason natrium fosfat kadang-kadang ditetapkan sebagai suntikan intramuskular (IM) untuk gatal-gatal dari pelbagai penyakit, termasuk reaksi alahan kepada racun ivy dan tumbuh-tumbuhan yang sama.

Hydrocortisone adalah kortikosteroid topikal ringan (juga disebut sebagai steroid topikal). Dalam keadaan radang kulit seperti ekzema dan dermatitis, steroid topikal digunakan sebagai tambahan kepada emolien (pelembap) apabila tompok ekzema atau dermatitis memarak. Hydrocortisone melegakan gejala suar-up dengan mengurangkan keradangan, gatal-gatal dan kemerahan. Ia bukan satu penawar untuk keadaan ini, tetapi ia akan membantu untuk melegakan gejala. Ia juga men gurangkan keradangan akibat iritasi seperti sengatan serangga dan ruam lampin.

Melalui pengambilan suplemen, ia menawarkan pemulihan dari dalam. Belum ada bukti psoriasis dapat sembuh sepenuhnya. Tetapi, dengan pengambilan suplemen jangka hayat tubuh dapat dipanjangkan berbanding pengambilan ubat secara berterusan. Ubat akan bertindak ke atas bahagian yang bermasalah tetapi suplemen akan bertindak secara keseluruhan ke atas sistem yang terlibat. Sekiranya ia perlu baik pulih, maka ia akan dibaik pulih terlebih dahulu. Begitulah cara suplemen bertindak.
Namun, apa yang penting ialah SABAR. Pesakit psoriasis perlu sentiasa sabar dan bertenang. Ini juga dapat mengelakkan berlakunya ‘trigger’ dan seterusnya menyebabkan flare!

#shakleeffect 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *