Kesihatan bermula dari rumah

Ukur baju di badan sendiri

Posted by on Nov 7, 2011 in B-Complex, ESP, Hamil, Jurnal Kesihatan | 0 comments

Apabila diri telah disahkan mengandung, macam-macam yang berlegar di dalam kepala saya. Apa yang patut saya makan? Boleh ke saya makan makanan kegemaran saya lagi? Sesuai ke makan tu, makan ni? Perlu ke ambil tu, ambil ni? hahaha… Semuanya adala 1001 soalan yang boleh membuatkan jiwa bakal ibu (dan juga bakal bapa) stress! Itu baru melibatkan pemakanan.



Secara jujurnya, semasa mengandungkan Azyana dan Azzalea, saya tidak pernah ambil kisah tentang apa yang saya nak makan. Saya akan makan ikut tekak, dan selagi ia mampu masuk melalui tekak dan seterusnya berada di dalam perut! hahahha… Walaupun ada yang akan kata makan nenas boleh sebabkan keguguran, saya makan juga. Bukan saya nak melawan, tapi saya memang nak makan! Saya pula jarang mengambil kira pemakanan saya mengikut piramid makanan. 




Piramid makanan ini memang bagus. Namun berapa ramai antara kita yang dapat menginterpretasikan piramid ini. Berapa banyak sebenarnya yang diperlukan oleh tubuh? Berapa kalori yang terhasil dari setiap portion? Kalau dicarigali di internet, anda pasti jumpa nilai-nilai itu. Ya, ia ada merata-rata. Namun, berapa ramai yang pasti makanan yang akan masuk itu pasti membawa nilai yang sama dengan yang tertulis pada skrin atau kertas itu?

Berapa ramai yang pasti nutrisi pada sayuran masih kekal sepanjang perjalanannya dari kebun ke rumah anda? Dengan proses penyimpanan, sejuk beku dan pelbagai lagi proses yang dilalui oleh sayuran itu, anda pasti kandungan nutrisinya masih tetap sama? Lainlah kalau anda yang tanam sendiri depan rumah, cabut dan terus masak. 

Oh ye, semasa anda memasak, adakah anda pasti anda telah menggunakan teknik memotong yang betul? Besar atau kecil api yang anda gunakan? Lebih minyak atau kurang minyak? Jika anda benar-benar pasti anda telah mengikut segala yang disarankan oleh chef, alhamdulillah, nutrisi yang ada dapat dikekalkan. Tapi masih pastikah ia masih 100%? Apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan diri anda mendapat 100% nutrisi dari setiap makanan? Makanan selalu? Makan sekerapnya?

Oleh sebab itu, semasa mengandungkan Azrie, saya mendapatkan bantuan untuk menapung kekosongan nutrisi tadi dari suplemen. Shaklee produk yang amat diyakini selamat dan semulajadi. Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari membantu  pertumbuhan sel dalam badan dan pada masa yang sama perkembangan janin dapat berlaku dengan lebih baik. Pengambilan Bcomplex membantu saya untuk menjadi lebih tenang sepanjang proses kehamilan. 

Anda ialah apa yang anda fikirkan dan yang anda ingin. Dan hanya anda yang tahu apa yang berlaku di dalam tubuh anda! Tidak orang lain. Keperluan bagi setiap insan adalah berbeza mengikut aktiviti dan cara hidup masing. 




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *