Kesihatan bermula dari rumah

Umrah Trip : Day 1, Part 2

Bismillah.

 

Pada post lalu saya tak cerita apa pun pasal Day 1. Hihihi… Hari ni saya cerita sikit ya. Perjalanan bermula dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Bertolak jam 530 pagi waktu Malaysia. Dan sampai di Jeddah pada jam 930 pagi waktu Saudi. Duduk dalam perut kapal terbang lebih kurang 9 jam .

Semua jemaah telah berniat ihram di dalam kapal terbang. Maka para jemaah perlu berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Setelah check-in di Hotel Makarem Ajyad, barulah kami beramai-ramai melakukan tawaf, saie dan kemudian bertahalul. Alhamdulillah. Saya dapat selesaikan umrah pertama saya pada hari itu.

Pengalaman PERTAMA yang sangat mengujakan! Pusingan terakhir tawaf diselesaikan selepas mengerjakan solat Maghrib. Dan saie pula dibuat selepas solat Isyak. Perasaan ketika pertama kali bersolat jemaah di Masjidil Hram.. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pertama kali melihat Kaabah, airmata saya bercucuran. Pertama kali mahu melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram, dada saya sesak. Allah Allah Allah…

Syukur Alhamdulillah. Dengan izinNya, saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Sebenarnya saya pasang niat untuk umrah bersama Trip Shaklee dengan En Suami. Belum rezki lagi untuk merasai trip umrah Shaklee, tapi Allah izinkan saya ke Tanah Haram bersama mak & bapak saya. InsyaAllah, satu hari nanti akan kembali ke Tanah Haram bersama suami & anak-anak.

Dek kerana terlalu teruja. agak susah juga nak lelapkan mata. Jam 12pm waktu Saudi baru saya dapat tidur dan jam 4am waktu Saudi saya sudah terjaga.

Nanti saya sambung lagi coretan di Tanah Haram dan Madinah ya. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *