Vaksinasi telah lengkap!

Alhamdulillah. 17 Jun 2021, aku telah berjaya melengkapkan vaksinasi C19. Tarikh asal ialah pada 18 Jun 2021. Tapi disebabkan aku perlu ke HKL bawa mak, maka aku usahakan untuk tukar tarikh vaksinasi.

Syukur. PPV KPJ Ampang Puteri telah menyediakan satu proses yang mudah dan menyenangkan, Pada awalnya aku ingin pergi lewat ke KPJ Ampang Puteri. Tapi disebabkan mak dah call bagitahu dia tak sedap badan, maka aku pergi secepatnya. Jam 11.19 aku check in di KPJ Ampang Puteri, jam 11.31am selesai proses vaksinansi.

Maka, dos vaksinasi telah lengkap! Langkah seterusnya ialah perlu menjaga diri supaya tidak hamil. hihihi… Walaupun memang tiada perancangan untuk mengandung lagi, tapi langkah pencegahan perlu diambil. Kali ni aku pergi sorang la, sebab yang lain lain akan hadir mengikut tarikh asal.

Kali ni tiada kesan vaksinasi yang teruk seperti dos pertama. Cuma masih ada rasa mengantuk dan penat selepas disuntik. Selain daripada itu, tiada. Korang jangan berlengah lagi. Cepat-cepat daftar di MySejahtera dan tunggu hari nya ya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.