Kesihatan bermula dari rumah

Waktu mustajab untuk berdoa

Selain kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita (jangan lupa makan suplemen Shaklee!), kita boleh berdoa agar dipanjangkan usia. Tetapi jangan sebarang berdoa. Pilihlah saat-saat doa yang mustajab! Kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, terdapat waktu yang tertentu yang mana lebih mustajab, sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW.
Dipetik dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki, hasil tulisan Tuan Fathuri Salehuddin, beliau telah menyenaraikan waktu mustajab, seperti di bawah :
  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  2. Setiap lepas solat fardhu.
  3. Di antara zuhur dan asar. Juga di antara asar dan maghrib.
  4. Waktu di antar azan dan iqamat.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir).
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Pada masa takbir solat hari raya (sela masa di antara takbir semasa solat).
  9. Waktu di antara dua khutbah (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya).
  10. Waktu menziarahi makan Rasulullah SAW di Masjid Madinah.
  11. Waktu melakukan urusan penting.
  12. Waktu membaca doa qunut pada solat subuh.
  13. Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat)
  14. Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati itdak tenteram.
  15. Waktu bertemu kembali sanak-saudara atau sahabat yang lama terpisah.
  16. Waktu hujan turun.
  17. Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.
  18. Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat al-quran.
  19. Sewaktu sujud.
Subhanallah. Punyalah banyak waktunya. Yang penting, kita jangan pernah berputus asa dengan Allah. Bersangka baiklah. Ia pasti akan dikabulkan cuma Allah yang Maha Bijaksana yang paling mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita!
pst : Jangan lupa PROMOSI FEBRUARI!

 

Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *