Kesihatan bermula dari rumah

Ya, Shaklee adalah MLM

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Ada yang sudah mengetahuinya. Ada juga yang belum. Shaklee sudah bertapak lama di Malaysia. Sudah lebih 50 tahun. Apabila saya bercakap kepada orang-orang dewasa (aik..macam aku muda remaja plak…), ramai di antara mereka yang sudah mengenali Shaklee. Pernah denganr perkataan Shaklee.

Sejujurnya, sebelum 2008, saya tidak pernah dengar Shaklee. Mungkin kerana mak saya tidak teruja untuk melibatkan dirinya dengan perniagaan MLM, maka saya tidak pernah mendengar jenama ini. Mak saya lebih aktif dengan PUSPANITAnya dan semua aktiviti PUSPANITA. (ops..anaknya tak join PUSPANITA!). Tetapi bapak saya rajin. Saya mengetahui jenama Amway, Nutrimetics, Avon dari bapak saya! hahahaha…

Dan sehingga pada tahun 2004, En Bopren diperkenalkan dengan perniagaan corset wanita di bawah jenama ****. Saya memberikan sokongan kepada En Bopren apabila melihat beliau begitu teruja untuk melibatkan diri. Saya menemani beliau ke setiap perjumpaan ahli. Ada kala, saya turut menemani beliau untuk berjumpa dengan prospek. Nak jadi bakal isteri, haruslah sanggup menemaninya dikala susah dan senang.

Namun, sehingga 2006, ada situasi yang berlaku. Keadaan tidak seperti yang diharapkan. Si dia nampaknya mengalah, kecewa mungkin. Saya tidak memberi sebarang ulasan atas apa yang berlaku. Sekadar mengikut sahaja segala keputusan yang diambil oleh si dia. Kerana apabila dia memulakan langkahnya dahulu pun saya tidak bersuara, sekadar menjadi pemerhati.

Semenjak itu, kami sedaya upaya menjauhkan diri dari sebarang perniagaan MLM. Sekiranya ada yang ingin bertemu kemudian mengajak kami menyertainya, kami menolak. Si dia seakan sudah menjadi anti MLM. Namun sehinggalah pada 2009, selepas saya menggunakan Shaklee selama satu tahun, saya diajak untuk menyertai Shaklee. Ya, saya tahu ia adalah perniagaan yang berasaskan MLM. Tetapi saya tidak menolak.

Mengapa? Selepas meneliti sistem perniagaannya, saya dapati ia berbeza. Sangat berbeza dari apa yang pernah En Bopren lalui dulu. Sehingga kini, saya tidak pernah keluar berjumpa dengan prospek atau downline. Perjumpaan kumpulan pun diadakan apabila kumpulan kami sudah terlalu besar. Ia dilakukan dalam dua bulan sekali atau bergantung kepada keadaan. Subhanallah! Ya, keluarga kami sudah terlalu besar. Dan hampir keseluruhan yang menyertainya tidak pernah berjumpa dengan upline untuk berbincang mengenai sistem. Ia dilakukan secara MAYA!



Anda mahu menyertai kami? Hubungi saya segera!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *