Kesihatan bermula dari rumah

Yakin terhadap diri!

Alhamdulillah. Setiap 14hb saya tidak perlu mengeluh lagi. Ada la sedikit imbuhan buat diri dan anak-anak sehingga ke hujung bulan. Saya bersyukur dapat berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Sudah ramai yang memperoleh kebaikannya, dan lenih ramai lagi yang ingin mencuba juga. Cukuplah bercerita mengenai 14hb setiap bulan. Sesiapa berminta untuk tahu lebih lanjut mengenai 14hb, boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.


Dalam setiap apa perkara yang dilakukan perlu ada keyakinan diri. Begitu juga dalam penyusuan. Si ibu perlu yakin bahawa dirinya mampu untuk menyusukan si kecil. Yakin bahawa si ibu mampu menghasilkan susu dan yakin bahawa susunya mencukupi untuk si kecil. Hilang salah satu keyakinan dalam setiap aspek penyusuan mampu untuk mengganggu gugat fikiran si ibu dan seterusnya mengganggu penghasilan susu dan seterusnya membantutkan hasrat si ibu untuk menyusukan si kecil.

Namun begitu, tidak semua ibu mampu untuk yakin begitu sahaja. Tidak semua ibu mampu untuk mempunyai keyakinan dengan sekelip mata. Seperti contoh, saya berkata kepada seorang ibu, “Ibu jangan berasa susah hati. Saya pasti Ibu mampu melakukannya. Ibu perlu yakin!”. Adakah dengan mendengar ayat begitu, si ibu dapat menetapkan dirinya untuk menjadi lebih yakin. 

Kadangkala ada ibu perlukan sesuatu untuk dia berasa yakin. Perlu sesuatu yang lebih NYATA yang wujud di hadapan mata! Ini kerana setiap ibu adalah individu berbeza. Hanya kerana kita mampu melakukan sesuatu, kita juga berasakan ibu lain juga mampu untuk melakukannya. Lain orang lain caranya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *