Cara mengurus Harta Pusaka

Sudah setahun pemergian mak.

Alhamdulillah, segala yang perlu diuruskan, hampir selesai. Semasa hayat mak, mak yang akan bantu orang lain macamana nak uruskan berkaitan harta benda. Mak akan panggil anak-anak saudaranya datang rumah dan bagitahu apa yang perlu mereka buat. Dari A ke Z, arwah mak akan guide diorang.

Tapi aku…. Sesungguhnya aku blur. Tak tahu apa nak buat. Bagaimana nak mula. Jadi aku hubungi sepupu-sepupu aku dan tanya dengan diorg, apa yang mak pernah bagitau diorg. Alhamdulillah, dengan bantuan diorang, aku dapat bergerak dan mulakan proses berkaitan harta mak.

Jadi, aku cuba kongsi sebaik mungkin, apa yang kita perlu buat selepas kematian orang tersayang.

Dapatkan dahulu SIJIL KEMATIAN

Semua urusan berkaitan memerlukan SIJIL KEMATIAN. Maka, itu yang paling awal yang perlu diselesaikan. So, daftarkan kematian secepat yang mungkin. Masa mak meninggal haritu, Malaysia masih lagi dalam mode PKP. Untuk daftar kematian perlu buat temujanji. Mak meninggal pada Jun 2021, tapi tarikh untuk daftar adalah OGOS 2021. Berpeluh weeeii nak tunggu tarikh ni.

Dengan bantuan dari rakan-rakan mak, aku dapat daftarkan kematian mak lebih awal. Alhamdulillah. Aku yakin, ini rezeki mak. Allah permudahkan urusan mak. Dapat saja sijil kematian, aku senaraikan perkara yang perlu aku selesaikan.

  1. Pencen
  2. Hal kewangan (Maybank, ASB, Tabung Haji)
  3. Hal rumah
  4. Hal tanah
  5. hutang2 lain

Buat mereka yang mempunyai akaun ASB, boleh membuat tuntutan khairat ASB di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB. Proses ini, suami aku bawa bapa aku ke pejabat pos. Alhamdulillah, selesai dengan cepat. Masa tu juga boleh dapat duit khairat kematian mak. Rezeki mak, mak dapat RM500. Untuk maklumat lanjut, klik sini

ttps://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat

Untuk penutupan akaun ASNB pula, sekiranya simpanan si mati lebih dari RM10,000, perlu ada surat kuasa. Simpanan bawah RM10,000, boleh terus ke cawangan ASNB.

Klik sini untuk maklumat lanjut https://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php . Korang skroll sampai jumpa tajuk ‘TUNTUTAN HARTA PUSAKA’

Hal yang kedua, kami selesaikan urusan pencen. Mak merupakan pesara kerajaan. Mak baru je 5 tahun berpencen. Alhamdulillah, mak meninggal 22 Jun. Bulan Julai, bapak aku dah terima pencen mak. Urusan berkaitan pencen ni, korang boleh klik di sini

https://www.kwap.gov.my/pension-services/penerima-faedah-terbitan/

Untuk urusan tutup akaun bank, korang boleh hubungi bank berkenaan. Dari informasi yang aku dapat, sekiranya jumlah wang di dalam akaun tu kurang RM10,000, waris terdekat boleh hadir untuk buat permohonan. Bawa sijil kematian, kad pengenalan dan juga sijil lain yang berkaitan seperti sijil nikah atau surat beranak. Disebabkan wang mak di Maybank lebih dari RM10,000, aku perlu dapatkan surat kuasa dahulu. Alhamdulillah, urusan di Maybank selesai dengan cepat. Pagi aku submit, malammya duit mak dah pindah ke akaun aku untuk aku uruskan.

Untuk urusan Tabung Haji, disebabkan mak tak letak penama, maka aku perlu ada surat kuasa. Lepas ada surat kuasa, proses juga cepat dan mudah. Urusan penutupan akaun si mati ambil masa dalam 2 minggu ke 4 minggu. Untuk maklumat lanjut, klik sini

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/penutupan-akaun

Untuk urusan berkenaan rumah, disebabkan rumah mak itu menggunakan pinjaman kerajaan, maka aku perlu berurusan dengan LPPSA. Klik link ni https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/faq15 . Syukur, rumah mak telah diselesaikan oleh insurans dan rezki buat mak juga, ada lebihan wang. Leb\ihan wang itu aku tuntut selepas mempunyai surat kuasa.

Untuk urusan tanah juga, aku perlukan surat kuasa. Nanti aku kongsi pula bagaimana nak dapatkan surat kuasa ni. Harta pusaka ni jangan buat main. Salah urus, berdosa kita!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.