Fasa awal perkahwinan…

INDAHNYA PERKAHWINAN

Orang kata, setiap 5 tahun perkahwinan, itu ada cabarannya. Fasa pertama, iaitu 5 tahun pertama adalah fasa yang paling mencabar. Ketika itulah kita akan lebih belajar tentang pasangan kita. Walaupun sebelum ni, kita dah berkawan selama beberapa tahun (ada yang mungkin kawan sampai 10 tahun), tapi itu sebenarnya belum tentu dapat memberikan gambaran siapakah sebenarnya pasangan kita sehingga kita duduk serumah, tidur sekatil dan sebantal.

Pada fasa pertama, selain daripada waktu untuk mengenali hati budi, perangai hitam putih, ia adalah fasa untuk memahami tanggungjawab masing-masing. Bukan fokus kepada hak. Apa hak isteri, apa hak suami. NO NO, BIG NO. Suami perlu tahu tanggungjawab suami, isteri perlu faham tanggungjawab isteri. Apa yang berlaku sekarang, ramai pasangan lebih fokus kepada HAK. Sebelum kita bertanya tentang hak kita, adakah kita telah melakukan tanggungjawab kita sebagi suami/isteri?

Dah kenapa pula kali ni saya post tentang hal perkahwinan? Sebenarnya saya banyak nak berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Tentang perkahwinan, tentang kekeluargaan, tentang keibubapaan. Ya, ramai orang dah buat perkongsian tu di luar sana. Tapi tak salah bukan kalau ramai lagi yang berkongsi. Semoga ia menjadi pedoman dan panduan buat rakan-rakan yang lain.

The first year of marriage is like wet cement | Picture Quotes

Ayat di atas : Tahun pertama perkahwinan adalah seperti simen basah. Kenapa? Apa maksudnya?

Simen basah, kalau tak dijaga dengan betul, tak dikemas kan dengan betul, hasilnya tidak akan cantik. Elok kita dah cantikkan, ada laaaaah kucing lalu ke, ayam lalu ke (CABARAN). Bila ada kesan tapak kaki ni, kalau tak dibaiki, maka ia akan kekal di situ. Begitulah dalam perkahwinan. Sekiranya dari awal, kita tak cuba untuk betulkan, baiki, ia akan menjadi ‘luka’ dalam perkahwinan. Lama-lama menjadi teruk. Boleh jadi KANSER. Jadi, sekiranya ada perselisihan faham pada awal perkahwinan, perlu sama-sama berusaha untuk memperbaiki keadaan, sama-sama bertolak ansur.

Perkahwinan bukan tentang AKU, tentang DIA. Tetapi tentang KITA, dan MEREKA. Tahu tanggungjawab masing-masing. Sama-sama sepakat untuk lalui cabaran dan masalah dalam perkahwinan. InsyaAllah, fasa pertama akan dilalui dengan baik dan bersedia untuk ke fasa seterusnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.