Yup, jam dihujung komputer menunjukkan 5.00am. Pagi-pagi ini terasa mahu berkongsi dengan anda mengenai pemakanan buat ibu-ibu yang sedang hamil. Pemakanan ibu-ibu seharusnya sudah mula dijaga apabila ibu-ibu telah mula memasang niat untuk hamil. Pemakanan yang baik, membantu menyiapkan badan ibu-ibu untuk menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku sepanjang kehamilan.
-
Berat bayi : 2.5 – 3 kg
-
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
-
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
-
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
-
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
-
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
-
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
-
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
5. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!
Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.
Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai
Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.
Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.
Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.
Leave a Reply