
Asalnya, aku bercadang tidak mahu ambil vaksinasi C19. Tiada alasan konkrit. Saya bukan anti-vaksin. Hanya kerana saya seorang pesakit psoriasis (imun rendah), jadi saya agak khuatir dengan kesan selepas divaksin.
Lama selepas kawan-kawan di Annur divaksin, baru saya memberanikan diri untuk mendaftar. Mulanya daftar di MySejahtera. Sampai sudah tak dapat tarikh panggilan. Tak lama selepas tu, doktor call bagitau dia nak masukkan nama saya dalam senarai staf Annur. Alhamdulillah. Maka 28 Mei 2021, saya dan beberapa staf yang lain ke KPJ Ampang Puteri. Walaupun sebenarnya temujanji kami di waktu petang, mereka masih sudi terima kami di waktu pagi. Hihihi…






Alhamdulillah. Kami selamat divaksin.. Apakah after effect? Ada yang mengantuk sepanjang hari. Ada yang kuat makan, walaupun dah seminggu divaksin. Kesan bergantung kepada individu. Tak sama.
Ini ialah usaha kita bersama. Walaupun Allah telah mentakdirkan pandemik ini, bukanlah bermakna kita perlu tunggu dan lihat saja sehingga Allah mengangkat wabak ini, hilang dari muka bumi. Mungkin, lebih cepat kita bersatu hati, mengambil vaksin, lebih cepat Allah akan menghilangkan wabak ini. Jangan lupa juga untuk sentiasa berdoa, mohon dijauhkan kita semua dari wabak corona ini. Amiiin
Leave a Reply