Tiada lagi doa dari mak

Mak telah dijemput pulang pada 22 Jun 2021 jam 2.32pagi.

Aku taip ini di FB mak, dan aku C&P di sini saja…

Kronologi pemergian mak.

Alhamdulillah. Mak sakit tak lama. Allah sayang mak.

2/5/2021 : mak sakit kaki. jam 10.30 malam ke hospital dengan ambulan.

3/5/2021 : admit ke wad kerana high BP

5/5/2021 : masuk bilik bedah utk buang blood clots pada kaki kiri. alhamdulillah. pembedahan berjalan lancar.

12/5/2021 : Mak discaj. Alhamdulillah. kita pun happy. Dapatla beraya di rumah. sampai di rumah, mak mula nak makan. Sebab lapar. Tapi dari mula makan, muntah-muntah pula sampai esok paginya.

13/5/2021 Lepas takbir raya, hantar semula mak ke ER. Maka bapak & Din beraya di ER. Ayin beraya sorang di rumah.. Mak admit semula

14/5/2021 : Doc kata food poisoning aje. Takde yang merisaukan. Boleh balik.

Alhamdulillah… mak di rumah. Bapak jadi full-time nurse utk mak. Aku dtg selang hari utk bantu bapak urus mak. Kejap2 Ayin akan dtg jenguk. Asyraf je payah sikit sebab dia n family di Puchong. (Dia jadi tukang sponsor beli barang keperluan mak). Mak on diaper since then. Tak larat nak berjalan sgt. Luka pembedahan 5hb tu belum baik lagi. Mak dah start warfarin sejak dari wad.Jadi ada makanan perlu dipantau. Tapi selera makan mak memang takde. Nak makan itu, tapi bila sampai depan mata, mak tak lalu pun nak makan.Nak makan ini, pun tak lalu juga bila dah nampak.

18/6/2021 : Bawa mak ke HKL sebab ada appoinment dengan Vascular Surgeon. Bila balik, mak rasa penat dan sakit kaki sebelah kanan makin mencucuk. 2-3 hari ni memang mak mengadu kaki kanan dia sakit sangat macam kaki kiri. Ajak p hospital, tak nak. Ajak p klinik, tak nak. Jam 10 malam, mak call bgtau makin sakit. Ayin check BP, oksigen. both low. Jam 1am, BP ok, tapi heart rate laju. pujuk mak p ER, tapi mak tak nak. Jam 3.30am. Mak kejut bapak. Minta hantar ke hospital. So di ER diorg stabil kan mak. Jam 1.30 ptg baru mak dapat ditolak ke wad. Ni last aku nampak dan bercakap dengan mak dalam keadaan mak yang sedar. Kondisi mak kelihatan lemah.

21/6/2021 : Doktor call minta datang, doktor nak terangkan keadaan mak. Kondisi mak semakin lemah. Aku dapat tengok mak. Mata mak terbuka, tapi mak tak fokus pandang aku. Concious but not alert. Doktor surgery bagitau ada nanah dalam limpa mak. Perlu dikeluarkan. so diorang nak buat procedure. Doktor bius pula decide perlu intubate mak lebih awal. utk stabilkan BP dan heart rate. Utk proses ni, mak dalam keadaan 50-50. Alhamdulillah, proses intubate lancar. Prosedur utk keluarkan nanah pun lancar. Doktor bagi tempoh 24 jam utk monitor. Jam 9.35pm, doktor panggil aku ke hospital. Keadaan mak makin lemah. Jantung dan peparu dah tak kuat. Ubat paling kuat dah diberi. Doktor minta family utk bersedia menerima jangkaan seterusnya. Hanya tunggu masa. So kami berkumpul dan tunggu.

22/6/2021 : Jam 2.35am, doktor call bagitau mak dah takde. Annouced death at 2.32am. Minta tunggu Bilik Mayat call utk release mak. sebab perlu tunggu keputusan swab test covid. Alhamdulillah. bapak & adik2 dapat tengok mak sebelum mak pergi. Ayu request dengan doktor, walaupun tahu pelawat tak boleh naik melawat. Last Bapak jumpa mak, jam 10malam.

Ya Allah. Allah Maha Baik. Allah izinkan.

Begitulah kronologinya.

Sekarang….

Tiada lagi senyuman mak.

Tiada lagi suara mak yang akan bising dan membebel.

Tiada lagi panggilan telefon dari mak yang akan bertanya bagaimana keadaan aku hari ni.

Tiada lagi juadah yang akan sampai ke rumah di waktu petang.

Dan yang paling utama, tiada lagi doa dari mak.

Sampai kita jumpa lagi, mak! Aku sayang mak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.